Thursday 19 May 2011

Salam Takziah Kepada Keluarga Cikgu Aidah Dakman

Pagi ni seperti biasa aku dan cikgu Fatimah pergi sarapan di kantin sekolah sebelum masuk kelas....matcik ( gelaran sepupuku...Cikgu Salimah ) dah keluar sarapan dengan husbandnya. Aku terkejut Cikgu Fatimah mengkhabarkan berita sedih.......kawan baik kami cikgu Aidah....kakaknya meninggal subuh tadi....sedih dengar dan lagi sedih tak sempat aku melawat arwah. Allah sayangkan dia. Kakak cikgu Aidah menanggung derita kerana kanser payu dara....sama berlaku dengan arwah emaknya dulu....salam takziah buat seluruh keluarga Cikgu Aidah.....al-Fatihah.....semoga ronya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh......amin.

No comments:

Post a Comment